Thursday, 2 June 2016

GAYA HIDUP YANG SIHAT

SEMANGAT UNTUK HIDUP DENGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT




Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa  impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang  boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu  dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai  matlamat ini.



Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang  seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka  mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan  ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan  pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit  jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di  negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua  mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh  menerusi pemakanan yang seimbang.


 
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,  berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.  Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran  darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar  bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang  yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.



Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan  mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,  berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.  Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya  mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum  makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau  tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek  berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar  dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat...

saya sertakan beberapa video supaya anda boleh mempraktikkannya.....
 
 



 Oleh itu, jom hidup sihat...

2 comments: