Thursday, 2 June 2016

RAMADHAN YANG SENTIASA DIRINDUI














ramadhan
merupakan bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat islam.
merupakan bulan yang penuh rahmat
merupakan bulan yang penuh berkat
merupakan bulan yang teristimewa
merupakan bulan dimana umat islam akan pertingkatkan ibadat
merupakan bulan dimana pahala dilipat ganda
merupakan bulan yang kita perlu menahan diri daripada makan dan minum hingga terbenam matahari
merupakan bulan memberi rasa kepada kita erti rasa kesusahan orang lain
merupakan bulan yang mudah/ringan tulang untuk beribadat
merupakan bulan yang dipermudahkan doa dimakbulkan
merupakan bulan yang penuh dengan pengampungan illahi
merupakan bulan dimudahkan urusan
merupakan bulan yang suci
dan ramadhan adalah bulan yang dinanti-nanti jua oleh umat islam yang telah meninggal dunia (tiada azab sepanjang ramadhan)

allahurabi, begitu banyak mengenai ramadhan

#ramadhan yang dinanti-nantikan#
sempatkah aku habiskan ramadhan ku ini?
apakah ini ramadhanku yang terakhir??


GAYA HIDUP YANG SIHAT

SEMANGAT UNTUK HIDUP DENGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT




Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa  impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang  boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu  dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai  matlamat ini.



Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang  seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka  mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan  ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan  pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit  jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di  negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua  mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh  menerusi pemakanan yang seimbang.


 
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,  berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.  Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran  darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar  bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang  yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.



Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan  mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,  berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.  Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya  mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum  makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau  tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek  berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar  dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat...

saya sertakan beberapa video supaya anda boleh mempraktikkannya.....
 
 



 Oleh itu, jom hidup sihat...

SOPAN ITU SIFAT KEINDAHAN ISLAM

ISLAM ITU INDAH DAN CANTIK SERTA SOPAN


            Sopan santun adalah suatu etika/norma terhadap tingkah laku kita dalam kehidupan sehari – hari. Setiap orang pasti pernah memilikinya, bahkan mengetahui tentang adat sopan dan santun tersebut. Meskipun, sedikit orang telah mengetahui arti dari sopan santun, tapi banyak orang yang mampu memahami cara berlaku sopan dan santun dalam kehidupan.

            Sopan dan santun mungkin tidak dapat dinilai lebih dalam lagi, Karena sopan santun bukanlah sebuah ideologi dan tidak mungkin dapat diukur dengan kasat mata. Tapi,melainkan suatu nilai yang begitu berharga dalam menjalani suatu komunikasi dengan orang lain. Untuk dapat menilai sopan santun, kita perlu dapat memahami cara bertingkah laku sopan santun dahulu. Setelah itu, kita akan mengerti seberapa berharganya sopan santun dalam bersosialisasi dengan orang lain.


            Hari ini saya akan memberitahu membincangkan sopan santun dalam berpakaian mengikut islam. Sebagimana kita ketahui bahawa, islam mementingkan aspek aurat dimana ianya sering ditekan oleh islam. Allah memerintahkan supaya menutut aurat. Baginda SAW pula diperlihatkan azab  sewaktu israk makraj bagi orang yang tidak menutup auratnya sewaktu didunia..


TUDUNG???
Tutup aurat itu WAJIB tapi bertudung tak wajib 
Ye memang, tutup aurat memang suatu kewajipan 
Tetapi bertudung itu tak wajib tapi ia merupakan suatu cara hendak menutut aurat
Ramai ja yang pakai tudung tapi apakah mengikut skop yang dikhendaki islam?

Oleh itu, saya senaraikan item-item yang patut dilakukan oleh tukang desingn, penjual dan pembeli tudung..
Pertama: Hedaklah tidak jarang
Kedua : Hendaklah tidak ketat
Ketiga : Hendaklah tidak melekat
Keempat : Hendaklah tidak melekat
Kelima :  Hendaklah tidak tabarruj
Keenam : Hendaklah tidak syuhroh
Ketujuh : Hendaklah tidak tasyabbuh

Menuntut aurat itu hendaklah kepada seperti yang diatas...

Berikut merupakan cara dan skop pemakaian yang menutut aurat bagi lelaki dan wanita...




kesalahan semasa menutup aurat
'ibarat menutup aurat tetapi telanjang' 



sekadar gambar hiasan

 
 Cantik dan manis mereka apabila menutup aurat dan bertudung serta ditambah pula dengan sopan santun..






 





























Wednesday, 1 June 2016

KARTUN

BOBOIBOY THE MOVIE



 Boboiboy: The Movie merupakan sebuah filem animasi 3D yang diproduksikan olah Animonsta Studios.


 Movie telah ditayangkan pada yang menceritakan tentang sekumpulan alien jahat yang menamakan diri mereka yang mengelarkan dirinya sebagai 'Pasukan Tengkotak'. Mereka datang ke Bumi bagi menculik Ochobot. Tujuan mereka menculik Ochobot berutujuan untuk mencari petunjuk kepada kekuatan asal daripada Ochobot yang merupakan sfera kuasa yang bernama Klamkabot (jenerasi sebelum Ochobot. Bagi menyelamatkan Ochobot, Boboiboy dan rakan-rakan termasuk Adu dan Probe bersatu berusaha menyelamatkan Ochobot dan menghalang Tengkotak daripada mendapatkan sfera kuasa tersebut. Pelbagai aksi, komedi dan tempat yang indah dilalui oleh mereka. oleh itu, saya sarankan supaya anda semua menontonnya sendiri supaya boleh merasai dan melihat aksi-aksi mereka.